Sunday, January 29

Today : 28 January 2012

Sikit saja cerita untuk hari ni. Just attend a wedding at Bandar Baru Bangi with my family. Actually kawan ayah yang buat kenduri kahwin ni, jadi ayah lah paling enjoy dapat jumpa kawan-kawan lama dia masa kerja askar dulu. Kami pulak enjoy SENDIRI melayan si kembar. Erm, tapi kan, sedap betul lah makanan kat sana tadi. Rasanya la kan, ini wedding yang makanan dia paling sedap pernah saya rasa. Lauk dia simple saja, tapi sedap. Alhamdulillah.. Okay, itu saja untuk hari ini. 

p/s : my best girlfriend ada beritahu saya berita baik hari ini. I'm happy for her. Semoga dia dapat kebahagiaan yang sepatutnya dia dapat dari dulu. Jelous Nia tau ! HEHE ! Apapun, I'll always pray for your happiness Nur Ashura Borhan <3

Much Love ^^ Nia 

Monday, January 23

Every precious second in my life :)




Every precious second in my life was filled with this two babies ! They are actually my nephew and niece :)
They are so0o cute right ? hee :)
I love them just to0 much ! Ragam dorang sampai tak larat nak layan.
Okaylah , I'm just too excited want to upload this pictures.

Happy Holiday and Happy Chinese New Year ! 

Wednesday, January 18

Tuesday, January 17

Good Girls , Niaaa sayang Uollls forever :)


Assalamualaikum
Halloo0oo ! :)

Hari ini saya happy sangat-sangat. Tapi tak tahulah kenapa happy terlebih ni. Malam tadi penat tidur lambat semata-mata mengedit gambar untuk blog hari ini. Mestilah gambar sahabat-sahabat sejati saya yang saya sayang sangat-sangat nih. Lama sangat tak jumpa, dah rindu dah :)
Ini dia tiga orang gadis yang sangat ayu dan comel :)
Rindunya .. Teringat masa kita kat rumsis dulu. Bestnya ! Gembira jer, asek enjoy jer kan. Masa kita pergi Botani Park , 2 hari di Pengkalan Balak, tolong ibu taklong jual-jual, pergi rumah mawa lagi, seronoknya :)
Masa tu tak ingat penat, semua sanggup buat ! Hehe

Betulkan, dugaan yang Tuhan bagi mungkin untuk kita kenal hati budi masing-masing. Siapa sangka perkenalan kita 4 tahun dulu jadi serapat ini sekarang. Padahal dapat satu bilik tak rancang and tak memilih pun. Wahhhh, dalam otak nih dah teringat macam-macam kenangan dah. 

1) Ingat tak satu hari tu kita baru balik kelas. Baju pun tak tukar lagi. Semua terbaring kat lantai padahal katil masing-masing ada! Tiba-tiba nia pasang kipas tangan (doraemon) tuh dan takut-takutkan taklong sampai dia menjerit-jerit! Lepas tu kita terdengar Pn Noriah datang menjerit 'Siswi, siapa yang menjerit-jerit tu hah???' Sekelip mata kita bertiga masuk bawah katil. Spontan betul, tak payah berpakat, sama jer gelagat kita. Tapi yang paling kelakar, bukan kita yang kena marah, tapi bilik sebelah yang kena marah dengan Pn Noriah! HAHA ! Sory la bilik sebelah, dah 4 tahun baru bocorkan rahsia niy. HIHHIHI :)

2) Perkara kelakar yang jadi lepas kita ambil result semester berapa entah tak ingat dah. Nia jatuh dekat longkang cafe. Aduh, malunya. Sangat pelik masa tu Taklong dan Mawa buat muka serius sambil tarik dan suruh Nia bangun. HIHIHI ! Mesti korang malu sampai tak boleh nak bercakap kan? Mesti rasa macam nak tempeleng Nia kan ? Kan ? Kan? HAHA ! Tahulah, kat rumsis baru nak gelakkan Nia sampai lebam kan? HISH ! Kejam :D

Erm, banyak lagi nia nak cerita,nanti Nia update lagi.

Secara keseluruhan ikhlas dari hati Nia nak berterima kasih sangat-sangat pada korang
Nur Ashura Borhan , Siti Mawahidah Zainol dan Siti Hajar Abu Bakar
Sebab always support Nia, banyak tolong nia waktu Nia susah, happykan Nia dan yang paling penting kita sama-sama tempuh dugaan walau berat macam mana pun. Semoga persahabatan kita kekal sampai akhir hayat :)

p/s : tak sabar dan tertunggu-tunggu 10 tahun akan datang. macam mana agaknya kita ea? Mawa masa tu anak dah cukup empat kan ?? HIHIHI :) 

Sunday, January 15

Redha :)

Sebagai manusia , hamba Allah , apa saja yang boleh aku lakukan . Apatah lagi sudah terlalu banyak nikmat yang Allah berikan . Semua urusanku Allah permudahkan . Alhamdulillah . Aku teramat-amat bersyukur . Aku tak boleh mengeluh . Tak boleh . Mungkin ada hikmah untuk semua ni . Yang penting aku bersabar dan tak perlu ambil tahu . 

Sejujurnya, aku sangat bahagia sekarang . Rasa macam hidup ni sempurna . Walaupun sebenarnya banyak lagi kekurangan dan kekosongan . Tetapi semuanya terisi dengan kegembiraan keluarga dan kawan-kawan . Kawan pun semakin bertambah . Rezeki semakin murah . Hati semakin tenang . 
Alhamdulillah , tak terkata betapa bersyukurnya aku .

Betullah orang kata ,
Bila kita hilang sesuatu yang kita sayang , Allah akan balas dengan nikmat yang berlipat ganda . DIA lebih tahu . Semua ini perancangannya , jadi aku akan terima dengan lapang dada dan REDHA ..

Airmata yang jatuh ini takkan lagi aku tujukan pada dia yang melukakan hati aku , sebaliknya airmata ini akan ku tuju hanya padamu ya Allah . 
Airmata kesyukuran ..
Terima Kasih ..

Thursday, January 12

I Love ' DREAM ' by Priscilla Ahn

                I was a little girl alone in my little world who dreamed of a little home for me. 

I played pretend between the trees, and fed my houseguests bark and leaves, and laughed in my pretty bed of green. 

I had a dream 

That I could fly from the highest swing. 

I had a dream. 

Long walks in the dark through woods grown behind the park, I asked God who I'm supposed to be. The stars smiled down on me, God answered in silent reverie. I said a prayer and fell asleep. 

I had a dream 

That I could fly from the highest tree. 

I had a dream. 

Now I'm old and feeling grey. I don't know what's left to say about this life I'm willing to leave. I lived it full and I lived it well, there's many tales I've lived to tell. I'm ready now, I'm ready now, I'm ready now to fly from the highest wing. 

I had a dream

Monday, January 9

Wednesday, January 4

Alhamdulillah, Rezeki ! HAHAHA

Assalamualaikum
Hello , Hye Hye :)

Seronoknya
Dapat cenderahati gelang dari Sabah
Ingatkan bos bercuti kat Sabah terus tak ingat kami kat office


Cantikkan gelang ni
tiba-tiba bos bagi surprise 
Bos bagi BONUS !
Wahhh.. tak sangkanya.. Alhamdulillah.
Atleast duit bonus tu boleh tolong mama and ayah :)

itu saja nak cerita
Thankyou bigBoss :)

New Year , New ME !

Assalamualaikum 
Helllooo !


Tu diaaa ..
Senyuman meriah dari Nur Ashura Borhan :)
si cantik ni dari Lumut sanggup turun ke Kuala Lumpur nak newyear sama-sama dengan saya
lagipun dah lama tak jumpa , last jumpa dekat Lumut lah


seronok dapat jumpa sebab 1000 cerita ada, 952 belum cerita lagi . kami jalan-jalan sepanjang hari sampai penat . mula-mula KLCC , Pavilion , KL Festizal City , Wangsa Walk. Gambar kat atas ni ada seorang tourist yang baik hati offer nak tangkapkan gambar kami. So kind of him . Thankyou :)


tak beli apa-apa pun. jalan saja sambil ukur jalan
sambil cerita perancangan hidup masing-masing
Alhamdulillah, sejujurnya saya memang sangat selesa bercerita dan berbincang hal macam ni dengan dia dan lagi seorang best friend forever kami Siti Mawahidah Zainol @ Mawa
tapi sayang sangat Mawa tak dapat nak join kami kali ini
we miss you Mawa :)


Kami sempat belajar memasak dengan mama tau .
Shura berjaya masak kari ayam yang seedaaaapp sangat ! saya cuma goreng sayur saja, itu saja yang reti kan. tak apa lah, atleast belajar kan. Tahun 2012 ini kami dah 22 Tahun . Dah cukup dewasa dah tu. Memang harus pandai masak.


okkay, ini saja setakat ni. malam new year kami cuma pergi depan rumah tengok bunga api. Ramai sangat orang. Dah 3 tahun saya tak dapat sambut new year macam ni. Jadi seronok dan bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah :)


Semoga kami dapat mencapai azam baru kami
InsyaAllah..
Doakan saya .. NewYear, NewMe !