Tuesday, December 11

He left us

Hallo , Assalamualaikum

Beberapa bulan yang lepas terlalu sibuk dan tak dapat jenguk blog ni. Alhamdulillah , hidup saya macam biasa. tenang dan bahagia. 
Cuma, tanggal 1 Muharram yang lepas , ayah pergi tinggalkan kami sekeluarga. Saya tahu malah cukup faham yang suatu hari nanti mesti ada perpisahan dikalangan ahli keluarga kami.

Alhamdulillah , ayah pergi pada hari yang penuh berkat malah dalam keadaan yang cukup baik dan memudahkan semua orang. Dan kebetulan , pada tengahari Abang dan Akak datang jenguk Ayah. Maknanya ayah sempat tengok semua anak-anak Ayah. Ayah pergi dalam pegangan saya dan mama. Secara kebetulan, saya sedang solat di hadapan ayah dan sempat membaca yaasin. Secara kebetulan juga , mama tergerak hati ambil air yaasin untuk ayah minum dan sapu dimuka ayah dengan niat supaya ayah cepat sembuh. Tak sangka , rupanya ayah dah nak pergi masa tu. Ayah diam tak nak bercakap sambil tersenyum. Jujur, senyuman ayah masih jelas dalam ingatan saya. Bila ambulans sampai , paramedik kata jantung ayah dah tak berdegup. Allah SWT sahaja yang tahu apa yang kami rasa waktu tu. Lemah, panik, buntu. Tak mampu nak berdiri rasanya. Saya seorang anak rasa macam tu, apatah lagi mama yang selama 31 tahun tak pernah berenggang dengan ayah. Saya risau. Risaukan mama dan risaukan akak yang sedang hamil 5 bulan. Alhamdulillah, semua dapat dikawal. Terima Kasih ya Allah..

Saya ada terdengar rakan-rakan ayah yang menziarah jenazah tidak putus-putus memuji kebaikan ayah. Kadang-kadang terfikir betapa pentingnya untuk kita berbuat baik sesama manusia di dunia ini. Mana boleh kata 'kubur masing-masing' sedangkan sesama manusia lah yang akan menguruskan jenazah kita nanti. Memang benar , Ayah tak pernah marah kami, malah manjakan kami dengan sikap penyayang Ayah.

Allah dah bagi banyak petanda yang Ayah akan pergi ke sisi-Nya. Cuma kami yang tak faham dan tak perasan. Terlalu banyak perubahan Ayah. Sekarang baru saya faham kenapa Aidilfitri yang lepas buat saya sebak bila peluk ayah. Rupanya itu raya terakhir dengan Ayah. 

Akak agak terperanjat dan lemah, Alhamdulillah akak tak apa-apa. Kesian Abang.. Abang anak lelaki , dia yang uruskan ayah. Dia tak boleh nak menangis pun hari tu. Tapi esoknya, Abang menangis kat Mama sebab rindukan Ayah. Mesti tersiksa Abang tahan kesedihan dia.

3 hari lagi , genap sebulan ayah pergi. Bermakna genap sebulan Ayah tak ada di pandangan mata, tak ada di sisi, tak dengar suara Ayah... Di rumah ni, setiap sudut mengingatkan pada Ayah. Syukur Alhamdulillah, semua yang ayah teringin, sempat kami tunaikan. Makanan, nak jumpa adik-adik ayah, bercuti, semua sempat kami tunaikan. Cuma ayah tak sempat ikut perancangan kami untuk tunaikan Umrah pada Februari 2013 hadapan.

Sejak ayah pergi, Mama banyak termenung. Bila dah petang, Mama jadi diam, termenung.. Mama kata setiap petang dia akan terasa macam hari ni ayah pergi. Setiap petang mama akan teringat saat-saat berpisah dengan Ayah. 

Ayah, Ano ni.. Ano bersyukur, Allah ambil ayah dalam keadaan yang sangat baik, hari yang baik dan tenang. Ano harap Ano dah jadi anak yang baik untuk Ayah. Ano akan ingat pesan Ayah hingga akhir nafas Ano. Ano tau orang yang ayah paling sayang dalam dunia ni adalah Mama. Ayah jangan risau, Ano, Abang dan Akak akan jaga mama sebaik mungkin. Doa, Yaasin, Ayat suci Quran akan kami selalu kirimkan pada Ayah. Ano janji, apa yang ayah bentukkan pada Ano dengan titik peluh ayah tak akan Ano persiakan. Ano akan jadi orang yang berjaya. In Syaa Allah. 

Semoga roh Mahat Bin Jali diletakkan dalam kalangan orang-orang yang soleh
Al - Fatihah


Wednesday, October 24


Assalamualaikum , Morning !!
Pagi-pagi macam ni dekat ofis duk men'download' movie ni .
"BARBIE PRINCESS CHARM SCHOOL"
untuk siapa lagi kan ? of course la untuk Amani anak buah kesayangan tu .
Nak dijadikan cerita . ada satu hari ni , Umi (nenek) dia tanya 'Nani nak pergi school tak ?'
Tiba-tiba Nani dengan selamba jawab 'Tak nak, Nani nak tengok TV'
HAHA ^^ Tercengang Umi dengar jawapan selamba cucu dia tu .

Jadi untuk Nani yang sangat tergila-gilakan Barbie ni harap-harap dia nak pergi school bila tengok Barbie ni pergi school :)
Kalau tak, Acu yang garang ni terpaksa guna cara kasar lar jawabnya ! hehe


InsyaAllah dalam 2 tahum lagi Amani dan Daniel dah boleh pergi sekolah.
Tak sedar yang si kembar ni dah besar. dulu kecikkkk je :D HAHAHA ^^


Dah besharrr baby Acu ni . Tak lama lagi Ian dah besar lain pulak ragam dia. tahun depan pulak dah nak ada baby baru ! :D InsyaAllah.


Ooops , terjumpa pulak gambar sweet ni . May i say this is us ? Mawa , Shura , Hajar and Me ! Perasan sikit jer :D HAHA ^^

Tuesday, October 23

Mencari Bahagia


Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa , menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan , menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan , menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Biarpun jalan itu panjang , kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Friday, March 30

happiness and satisfaction ----> They are totally different !

Assalamualaikum Readers :)

Dah lama sangat rasanya saya tidak dapat menulis / update blog dengan masa yang betul-betul terluang. Maksud saya, tanpa gangguan dan masa yang terhad. Sebab tu lah, saya cuma update beberapa gambar tanpa sebarang tulisan. Selalunya, saya mesti tunggu betul-betul ada mood untuk menulis disini. Kalau tak, memang separuh jalan lah jadinya. Hari ni, mood untuk menulis sampai bila terbaca blog seorang gadis. Erm, dia meluahkan di blog tentang hidup dan keadaan dia sekarang. Saya bukan nak masuk campur, tapi betul-betul simpati dengan keadaan dia. 

Okkay, I do not have long to write here.

Firstly : Seeloknya tak perlu lah terlalu kerap merungut dan menulis seperti seorang yang tidak bersyukur. Semua orang dilahirkan dengan kelebihan masing-masing. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Fikiran, rupa dan harta tak akan kita bawa sampai mati dan tidak akan kekal selama-lamanya. Memang blog adalah salah satu tempat untuk menulis meluahkan rasa, tapi kalau semua orang baca betapa tak bersyukurnya kamu, kan tidak elok. Tuhan dah mencipta kamu sebaik-baiknya. Kamu yang tidak tahu menggunakannya. 

Secondly : Cheer up. Walaupun ada masalah, kenapa perlu tulis betapa sedih dan peritnya kamu. Lebih baik ditulis kata-kata semangat untuk meneruskan hidup. Supaya bila semua orang baca, InsyaAllah semua akan mendoakan kamu. Kamu beruntung dikelilingi orang yang menyayangi kamu. Seriously, cerita-cerita sedih itu tidak perlu.

Thirdly : Be yourself. Untuk kenali diri kamu, jadilah diri kamu sebenarnya. Jujurlah dengan diri kamu. Kamu yang akan rugi kalau berterusan cuba menjadi orang lain dengan mengharapkan hormat dan pujian dari orang lain. Percayalah, jika kamu dengan tenang hati menerima diri kamu seadanya, InsyaAllah hati kamu akan tenang. 

Lastly : Happiness and Satisfaction. Dua perkara yang berbeza. Tetapi merupakan sesuatu yang tidak akan lengkap tanpa salah satu darinya. Kebahagian, hidup kamu bahagia, tetapi dalam hati kamu tiada kepuasan. Hidup kamu puas dengan kejayaan, tetapi tiada kebahagian dan kegembiraan. Saya kenal kamu, saya kenal sikap kamu, dan saya tak pernah lupa apa yang kamu lakukan pada saya dan rakan-rakan. Berubahlah, saya sendiri tidak sempurna dan mempunyai banyak kelemahan dalam diri, tapi sekurang-kurangnya saya sedar dan menghargai orang sekeliling saya.


Ubat paling cepat mujarab : Minta maaflah dengan orang-orang yang pernah kamu sakiti, InsyaAllah kepuasan dan kebahagiaan itu akan ada dalam hati kita :)

Catitan saya ini bukan hanya untuk dia, tetapi untuk diri saya sendiri juga, Untuk ingatan di masa hadapan. Untuk sentiasa beringat bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Di akhirat itu kekal. 

I'll pray for you ..
InsyaAllah

Nia